Monday, July 7, 2008

Masjid al Makmur Kem Batu 10, Taman Gading, Jalan Gambang Kuantan Pahang

Ini adalah pandangan dalam masjid, ia itu kawasan mimbar. Terdapat dua lapisan pintu masuk bagi tulisan ayat khatnya. Semasa saya singgah untuk bersolat zohor, barisnya hanya tidak sampai 1 saf. Tujuan masjid ini dibina adalah untuk solat berjemaah tentera-tentera Malaysia yang mana mengekalkan keamanan adalah tugas mereka . Mungkin orang-orang di kariah itu sedang keluar mengawal negara agaknya.
Kalau kamu jaga Aku, Aku akan jaga kamu, Akulah yang memberi kamu rezeki. Akulah yang menjaga keselamatan kamu. Bagaimana kita? Adakah kita juga boleh jaga 'hati' Allah swt?

Berhadapan masjid ini ada se baris gerai-gerai yang menjual bermacam-macam barangan dagangan untuk para pengunjung. Pengunjung-pengunjung terdiri dari para pelancung yang datang dari pelusuk negara. Ikan kering ada menu yang utama di sini.

Janganlah jadikan ikan kering sebagai menu kita, nanti Allah akan jadikan kita, ikan kering di Padang MahsyarNya nanti.

Masjid ini tidak mempunyai sign-board. Bila saya tanya seorang pengawal keselamatan di situ, katanya sign-board ada tetapi telah lama tertanggal dari dinding pagar masjid itu. AJK kurang sensitif untuk membaikkinya. Tinggallah masjid ini tanpa sign-boardnya.

Surau As Syahadah, Kolej Professional MARA, Jln Sungai Lembing, Kuantan Pahang

Surau ini terletak di dalam kawasan Kolej Professional MARA, Sungai Lembing, Kuantan Pahang. Aku beriktikaf sambil berehat meluruskan pingganng di dalam surau itu. Suraunya tidak berapa terurus mungkin ketiadaan solat jemaah pada se tiap waktu agaknya di sini.

Kita terasa akan keheningan surau ini kerana terbina di atas serakan rimbunan pokok-pokok hutan di sini. Kalaulah tidak kerana menara surau tersebut, kita akan mengatakan bangunan itu adalah salah satu dari bangunan-bangunan pentadbiran kolej MARA.

Tetapi sayang, walau pun terdapat sebilangan bapa-bapa yang solat di sini, tidak ada seorang pun yang memikirkan utk mendirikan solat berjemaah bersama-sama. Masing-masing bersolat se cara nafsi-nafsi. Mungkin yakin belum datang ke atas hadith-hadith dari Rasulullah saw akan kelebihan solat berjemaah. Ya Allah, Engkau hujanilah taufik dan hidayat Kamu ke atas hamba-hamba Mu supaya mereka selalu memikirkan hal-hal akhirat mereka.

Tinggallah Surau As Sahadah ini dalam keadaan lesu dan lengangnya ... Engkau berkuasa Ya Allah, makhlok Mu tidak ada kuasa. Engkaulah berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Sunday, June 29, 2008

Masjid al-Ikhsan Kg Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka

Masjid al Ikhsan, masjid tempat aku solat jamak qasar sekembali pulang dari Melaka ke Petaling Jaya. Aku dan famili aku singgah di sini untuk menunaikan perintah Allah swt cara Nabi saw.

Tapi apa yang terkilan di hati ini ialah salah seorang dari imam-imam solat membaca wirid tersangat kuat dengan loud-speaker sehingga aku terpaksa membaca fatihah berulang-ulang kali kerana ganguan speakers tersebut! Masyallah bilalah agaknya imam-imam masjid boleh memperlahankan suara mereka agar suara mereka lebih rendah dari mereka yang solat sirri.
Walhal jemaah solat magrib hanya 8 - 10 orang sahaja, aku dan anak lelaki ku sedang jamak qasar pada masa itu!

Masjid Kampong Tambak Paya, Air Molek, Melaka

Inilah masjid kelahiran ku. Masjid di mana dato ku menjadi bilal dan ayah ku yang selalu memakmurkanya.



Dulu ianya tiada menara, tetapi disebabkan kemajuan pihak berkenaan membina menara untuk menyempurnakan masjid ini.


Ini juga adalah ruang tambahan masjid, ruang asal masjid yang lama ada di bahagian dalam - core of the masjid. Di dalamnyalah tempat aku dan kawan-kawan ku berlari-lari, bermain di dalam masjid sehingga kami ditegor oleh 'wak-wak' yang kami hormati.



Dato ku selalu bercerita mana-mana orang yang tidur di dalam masjid di malam hari, mereka akan mendapati dirinya di tepi telaga wudhu di waktu paginya. Entah siapa yang mengalihkan mereka ...

Aku sangat sayangkan masjid ini, aku merinduinya dan makmum yang memakmurkanya. Moga Allah swt sayang kepada mereka juga.
Setiap kali aku balik kekampong, inilah tempat iktikaf ku. Masjid ku, rumah ku.
http://www.kedairuncitsaya.blogspot.com
http://www.cukupsedapmakan.blogspot.com
http://www.masjidinpj.blogspot.com